Welcome to my blog. Feel free to leave a comment. Please follow to show your support! :)

Saturday 27 October 2012

Keperluan Asas Manusia (Basic Needs of Human)

Nota Keperluan Asas Manusia

Manusia memerlukan 4 keperluan asas. Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.

4 keperluan asas ini ialah:

1) Udara

  • Udara merupakan keperluan yang terpenting. kita memerlukan oksigen untuk bernafas. 
  • Tanpa udara, kita akan mati dalam beberapa minit sahaja.


2) Air

  • Kita memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
  • Setiap orang perlu minum 3000ml setiap hari dan setiap kali minum 100ml hingga 300ml.


3) Makanan

                                                                                           Piramid Makanan

  •  Kita  memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga, pertumbuhan fizikal dan kekal sihat
  •  Pemakanan kita haruslah mengikut piramid makanan yang ditunjukkan di atas.


4) Tempat Perlindungan

    Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada:
  • Bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan
  • Perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk).





10 comments: