Welcome to my blog. Feel free to leave a comment. Please follow to show your support! :)

Thursday 13 December 2012

Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau

Jika cuaca sejuk, kita memakai sehelai baju lagi.
Jika cuaca panas, kita pakai baju yang nipis.

Haiwan juga ada cara tersendiri untuk menyesuaikan diri dengan cuaca yang melampau~

Sebelum memulakan perbincangan kita, marilah kita tonton video berikut:
Haiwan di kawasan panas



Haiwan di kutub utara


1. Haiwan mempunyai ciri khas untuk melindungi diri daripada cuaca melampau.

2. Masalah utama bagi haiwan tinggal di kawasan panas adalah kehilangan air. Oleh itu, cara mereka untuk melindungi diri ialah cuba mencegah kehilangan air yang banyak.

3. Cara hidup haiwan di kawasan panas:
  (A). Bulu yang sedikit dan berwarna cerah
         -menghilangkan haba dengan cepat
         -memantulkan cahaya matahari

  (B). Telinga yang Panjang
         -menghilangkan haba dengan cepat

Fox


  (C). Keupayaan untuk menyimpan air dan makanan
         -Unta mempunyai bonggol.
         - Bonggol digunakan untuk simpanan makanan dan air

Unta


  (D). Bersembunyi di bawah tanah atau lubang
        -tanah yang basah menyejukkan badan.
        -mengelakkan pancaran matahari yang kuat.


  (E). Berkubang di dalam air atau lumpur.
        -menyejukkan badan
Badak Air

4. Manakala bagi haiwan yang tinggal di kawasan sejuk adalah cuba mengekalkan suhu badan dan jangan membazirkan tenaga mereka kerana susah cari makan di kawasan sejuk.

5. Cara hidup haiwan di kawasan sejuk:

  (A). Berbulu tebal
Beruang Kutub (Polar Bear)

  (B). Lapisan minyak yang tebal
         - Lemak dalam badan membakar semasa berasa sejuk
         -Lemak membantu menyekat kehilangan haba dalam badan
Penguin

  (C). Bertelinga kecil
         -Mengelakkan kehilangan haba daripada badan

  (D). Berhijrah
        - Hijrah dari kawasan yang sejuk ke kawasan yang panas
Migran

  (E). Berhibernasi 
         - Ular , katak dan tupai akan makan banyak sebelum cuaca sejuk dan mereka akan berhibernasi selepas itu.
        - Hibernasi adalah untuk mengelakkan tenaga habis digunakan dan semasa hibernasi, semua kegiatan akan berhenti.
        -Hanya tinggal pernafasan pada masa itu,
Ular


Wednesday 5 December 2012

Pergerakan Haiwan

Selepas kita membaca nota "Gerak Balas Tumbuhan atas Rangsangan", marilah kita membincangkan bagaimana haiwan bergerak dan tujuannya bergerak.


Kehidupan pelbagai haiwan di Africa


1. Pergerakan haiwan lebih ketara berbanding tumbuhan dan ianya melibatkan keseluruhan badannya.
2.  Tujuan haiwan bergerak adalah untuk:
  • Mencari makan
  • Melarikan diri daripada musuh
  • Mencari pasangan untuk tujuan pembiakan
  • Mencari habitat yang sesuai untuk hidup dan membiak

3.  Di bawah merupakan pelbagai cara pergerakan haiwan:




Kura-kura

Kanggaru
Cara pergerakan :    Merangkak
Penyesuaian :                       
*Berkaki pendek
*Badan rapat dengan tanah
Cara pergerakan :    Melompat
Penyesuaian :                       
*Kaki belakang lebih panjang
*Kaki berotot kuat



Harimau

Orang utan
Cara pergerakan :    Berlari pantas
Penyesuaian :                       
*Berkaki kuat, berotot dan tegap
Cara pergerakan :    Memanjat
Penyesuaian :                       
*Berkuku cengkam dan tangan yang panjang


Beruang


Ular
Cara pergerakan :    Berjalan
Penyesuaian :                       
*Berkaki (empat kaki)
Cara pergerakan :    Menyusur
Penyesuaian :                       
*Badan licin dan berotot kuat untuk  menggantikan  kaki. 
*Pergerakan lancar

 Ikan

  Siput babi
Cara pergerakan :   
*Berenang
Penyesuaian :                       
*Mempunyai sirip dan badan berbentuk larus                            
Cara pergerakan :   
*Mengengsot
Penyesuaian :                       
*Menggunakan bahagian berotot dan berlendir untuk bergerak perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.
  



Cacing tanah


Burung
Cara pergerakan :   
*Menjalar
Penyesuaian :                       
*Badan berotot  dan bersentuhan dengantanah.                                                          Pergerakan perlahan                             
Cara pergerakan :    *Terbang
Penyesuaian
*Mempunyai sayap atau kepak
Tulang ringan


Monday 3 December 2012

Cara haiwan melindungi diri daripada musuh


1. Setiap haiwan mempunyai stail sendiri untuk melindungi diri daripada bahaya.

2. Tanpa cara perlindungi diri, haiwan herbivor tidak dapat hidup lama. Haiwan karnivor akan menjadi mimpi ngeri kepada mereka.

3. Cara-cara khas haiwan untuk perlindungan daripada bahaya adalah seperti berikut:
  • Memancutkan dakwat hitam (memancutkan dakwat hitam apabila diserang musuh. Dakwat hitam itu menggelapkan air di sekeliling mereka. Ini membolehkan mereka menyelamatkan diri daripada musuh.)  Contoh: Sotong

Sotong

  • Menggulungkan badan (Sesetengah haiwan menggulungkan badan untuk melindungi diri daripada musuh. Badan yang bergulung sukar untuk dibuka atau dimakan oleh musuh.) Contoh: ulat gonggok, tenggiling

Ulat Gonggok


Tenggiling

Tenggiling akan menggulungkan badannya apabila bahaya dikesan


  • Berpura-pura mati (Kumbang berpura-pura mati apabila diganggu atau diserang musuh. Ini mengelirukan dan menyebabkan musuh meninggalkannya.)
Kumbang


Opossum

  • Bersembunyi (Sesetangah haiwan mencari tempat yang selamat untuk bersembunyi apabila diburu oleh musuhnya. ). Contoh: arnab, tikus
Arnab

Tikus

  • Memutuskan ekor  (Cicak memutuskan ekor apabila diserang oleh musuh. Musuhnya akan keliru dan menangkap ekornya. Ini membolehkan mereka melarikan diri daripada musuh. )

Cicak
  • Megubah warna kulit (Sesumpah mempunyai kebolehan mengubah warna kulit untuk menyerupai keadaan sekeliling. Ciri ini menjadikan sesumpah sukar dilihat oleh musuh.)

Sesumpah

  • Hidup secara berkumpulan (Sesetengah haiwan hidup dalam kumpulan. Ini membolehkan mereka dilindungi sesama sendiri apabila diserang musuh. )Contoh: gajah, monyet, lembu jantan, kerbau



  • Serangan bau busuk (Sesetengah haiwan mengeluarkan bau busuk apabila diserang musuh. Bau busuk ini menjauhkan musuh daripada mereka.) Contoh: skunk, pepijat, lipas
Skunk


Lipas

Sunday 2 December 2012

Gerak Balas Tumbuhan atas Rangsangan

Sebelum memulakan perbincangan, marilah kita tonton klip video di bawah yang menyatakan setiap hidupan bergerak balas atas rangsangan.





1.    Semua benda hidup termasuk tumbuhan dan haiwan boleh bergerak.
Pergerakan Haiwan

Pergerakan Tumbuhan



2.    Pergerakan tumbuhan berbeza daripada pergerakan haiwan.
3.    Pergerakan tumbuhan melibatkan bahagian tertentu tumbuhan sahaja contoh pucuk dan akar.
4. Tumbuhan bergerak balas terhadap berbagai rangsangan seperti cahaya matahari, air,       graviti, suhu dan sentuhan .
  
5.    Pergerakan terhad tumbuhan juga dikenali sebagai gerak balas terhadap rangsangan.
6.    Sesetengah daun tumbuhan contoh semalu ,menguncup apabila disentuh.

Semalu bergerak balas atas rangsangan

7.    Pucuk bergerak ke arah cahaya matahari manakala akar bergerak ke arah tarikan graviti.
Akar tumbuhan ke arah graviti,
Pucuk tumbuhan ke arah cahaya matahari

8.    Sulur paut tumbuhan seperti kacang panjang bergerakbalas terhadap sentuhan.
9.    Pergerakan tumbuhan juga adalah perlahan dan tidak ketara.
10.  Tumbuhan bergerak untuk
  • Mendapatkan cahaya matahari
  • Mendapatkan air
  • Mendapatkan sokongan

Wednesday 31 October 2012

Tabiat-tabiat buruk yang akan menjejaskan pertumbuhan kita (Being aware that certain behaviour can disturb life processes)


NOTA: TABIAT-TABIAT BURUK YANG 
MENJEJASKAN KESIHATAN

Terdapat beberapa tabiat negatif yang akan menjejaskan kesihatan badan kita, iaitu merokok, minum arak dan menagih dadah. 

Ketiga-tiga tabiat buruk tersebut akan mendatangkan kesan negatif yang sangat teruk.

1) Merokok


  • Merokok akan merosakkan peparu kita. Sistem Pernafasan kita akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kanser peparu merupakan kesan yang paling teruk. 




Video di atas menunjukkan kesan merokok bukan sahaja terpapar pada kesihatan diri sahaja, malahan juga orang tersayang kita.

2)Minuman Keras 


  • Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya. 
  • Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. 





Video di atas menunjukkan bagaimana minuman keras membahayakan organ-organ dalam badan kita.

3) Pengambilan Dadah


  • Dadah akan merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman dan gila. Selain itu, tabiat ini juga akan menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri dan akhirnya membawa maut.


Kesimpulan

Tabiat-tabiat buruk di atas memusnahkan masa depan kita. Kita bukan sahaja tidak mendatangkan sumbangan kepada masyarakat, bahkan juga menyedihkan hati ibu bapa kita. Oleh itu, jika kita menjumpai orang di sekeliling kita menghampiri tabiat-tabiat tersebut, kita haruslah menghalngkan mereka secepat mungkin.



Keperluan Asas Haiwan dan Tumbuhan (Basic Needs of Animals and Plants)

NOTA: KEPERLUAN ASAS HAIWAN DAN TUMBUHAN


HAIWAN
Murid-murid, adakah kamu memelihara haiwan di rumah?
Kucing? Arnab? Hamster? atau Ikan?

Seperti manusia, haiwan juga ada keperluan asas, iaitu



  • Haiwan memerlukan makanan dan air untuk pertumbuhan dan kesihatan diri.
  • Haiwan juga memerlukan udara untuk pernafasan.
  • Tempat perlindungan juga amat penting bagi mereka untuk melindungi diri daripada bahaya.

Di bawah merupakan Video berkenaan Keperluan Asas Haiwan:

TUMBUHAN
Keperluan Asas Tumbuhan



  • Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. 
  • ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.
  • Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida),cahaya matahari dan ruang.
  • Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.
  • Tanpa Ruang Pertumbuhan yang kondusif, tumbuhan mungkin akan mati kerana persaingan antara tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.
  • Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.
Di bawah merupakan Video berkenaan dengan Keperluan Asas Tumbuhan:



Saturday 27 October 2012

Latihan: Keperluan Asas Manusia

LATIHAN KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Pesanan Guru:
Sila 'copy' soalan di bawah dan cuba menyiapkannya dengan perisian Microsoft Word. Hantar jawapan kamu melalui email.

1. Tanpa (             ), manusia akan mati dalam beberapa minit sahaja.

2. Manusia terdapat (      ) keperluan asas.

3.Keperluan-keperluan asas manusia ialah :
   (a)
   (b)
   (c)
   (d)

4. Apakah kepentingan makanan dalam kehidupan manusia?
_______________________________________________
_______________________________________________

5. Jika seseorang tidak ada tempat perlindungan, apakah masalah
yang akan dihadapi olehnya?
________________________________________________
________________________________________________