NOTA: KEPERLUAN ASAS HAIWAN DAN TUMBUHAN
HAIWAN
Murid-murid, adakah kamu memelihara haiwan di rumah?
Kucing? Arnab? Hamster? atau Ikan?
Seperti manusia, haiwan juga ada keperluan asas, iaitu
- Haiwan memerlukan makanan dan air untuk pertumbuhan dan kesihatan diri.
- Haiwan juga memerlukan udara untuk pernafasan.
- Tempat perlindungan juga amat penting bagi mereka untuk melindungi diri daripada bahaya.
Di bawah merupakan Video berkenaan Keperluan Asas Haiwan:
TUMBUHAN
Keperluan Asas Tumbuhan
- Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur.
- ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.
- Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida),cahaya matahari dan ruang.
- Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.
- Tanpa Ruang Pertumbuhan yang kondusif, tumbuhan mungkin akan mati kerana persaingan antara tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.
- Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.
Di bawah merupakan Video berkenaan dengan Keperluan Asas Tumbuhan:
it is so detailed...
ReplyDeletenice!!!
ReplyDeletegood info!!!
ReplyDeleteso good!!
ReplyDelete100% agree!!
ReplyDeleteI think my daughter will love this very much.... thanks....
ReplyDeleteShe can learn a lot from this blog. Guide her reads all the information. She will be a smart girl.
Delete