Welcome to my blog. Feel free to leave a comment. Please follow to show your support! :)

Wednesday, 31 October 2012

Tabiat-tabiat buruk yang akan menjejaskan pertumbuhan kita (Being aware that certain behaviour can disturb life processes)


NOTA: TABIAT-TABIAT BURUK YANG 
MENJEJASKAN KESIHATAN

Terdapat beberapa tabiat negatif yang akan menjejaskan kesihatan badan kita, iaitu merokok, minum arak dan menagih dadah. 

Ketiga-tiga tabiat buruk tersebut akan mendatangkan kesan negatif yang sangat teruk.

1) Merokok


  • Merokok akan merosakkan peparu kita. Sistem Pernafasan kita akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kanser peparu merupakan kesan yang paling teruk. 




Video di atas menunjukkan kesan merokok bukan sahaja terpapar pada kesihatan diri sahaja, malahan juga orang tersayang kita.

2)Minuman Keras 


  • Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya. 
  • Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. 





Video di atas menunjukkan bagaimana minuman keras membahayakan organ-organ dalam badan kita.

3) Pengambilan Dadah


  • Dadah akan merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman dan gila. Selain itu, tabiat ini juga akan menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri dan akhirnya membawa maut.


Kesimpulan

Tabiat-tabiat buruk di atas memusnahkan masa depan kita. Kita bukan sahaja tidak mendatangkan sumbangan kepada masyarakat, bahkan juga menyedihkan hati ibu bapa kita. Oleh itu, jika kita menjumpai orang di sekeliling kita menghampiri tabiat-tabiat tersebut, kita haruslah menghalngkan mereka secepat mungkin.



Keperluan Asas Haiwan dan Tumbuhan (Basic Needs of Animals and Plants)

NOTA: KEPERLUAN ASAS HAIWAN DAN TUMBUHAN


HAIWAN
Murid-murid, adakah kamu memelihara haiwan di rumah?
Kucing? Arnab? Hamster? atau Ikan?

Seperti manusia, haiwan juga ada keperluan asas, iaitu



  • Haiwan memerlukan makanan dan air untuk pertumbuhan dan kesihatan diri.
  • Haiwan juga memerlukan udara untuk pernafasan.
  • Tempat perlindungan juga amat penting bagi mereka untuk melindungi diri daripada bahaya.

Di bawah merupakan Video berkenaan Keperluan Asas Haiwan:

TUMBUHAN
Keperluan Asas Tumbuhan



  • Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. 
  • ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.
  • Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida),cahaya matahari dan ruang.
  • Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.
  • Tanpa Ruang Pertumbuhan yang kondusif, tumbuhan mungkin akan mati kerana persaingan antara tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.
  • Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.
Di bawah merupakan Video berkenaan dengan Keperluan Asas Tumbuhan:



Saturday, 27 October 2012

Latihan: Keperluan Asas Manusia

LATIHAN KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Pesanan Guru:
Sila 'copy' soalan di bawah dan cuba menyiapkannya dengan perisian Microsoft Word. Hantar jawapan kamu melalui email.

1. Tanpa (             ), manusia akan mati dalam beberapa minit sahaja.

2. Manusia terdapat (      ) keperluan asas.

3.Keperluan-keperluan asas manusia ialah :
   (a)
   (b)
   (c)
   (d)

4. Apakah kepentingan makanan dalam kehidupan manusia?
_______________________________________________
_______________________________________________

5. Jika seseorang tidak ada tempat perlindungan, apakah masalah
yang akan dihadapi olehnya?
________________________________________________
________________________________________________


Keperluan Asas Manusia (Basic Needs of Human)

Nota Keperluan Asas Manusia

Manusia memerlukan 4 keperluan asas. Jika kita tidak memiliki keempat-empatnya atau salah satu daripadanya, manusia berkemungkinan besar boleh mati dalam suatu tempoh tertentu.

4 keperluan asas ini ialah:

1) Udara

  • Udara merupakan keperluan yang terpenting. kita memerlukan oksigen untuk bernafas. 
  • Tanpa udara, kita akan mati dalam beberapa minit sahaja.


2) Air

  • Kita memerlukan air untuk mengawal suhu badan manusia.
  • Setiap orang perlu minum 3000ml setiap hari dan setiap kali minum 100ml hingga 300ml.


3) Makanan

                                                                                           Piramid Makanan

  •  Kita  memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga, pertumbuhan fizikal dan kekal sihat
  •  Pemakanan kita haruslah mengikut piramid makanan yang ditunjukkan di atas.


4) Tempat Perlindungan

    Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada:
  • Bahaya (haiwan liar, haiwan berbisa, haiwan buas), dan
  • Perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk).





Friday, 26 October 2012

Marilah Nikmati Keseronokan Dunia Sains~!

Murid-murid, cuba berfikir:

Adakah kamu pernah fikir kenapa langit berwarna biru?

Mengapakah kereta boleh bergerak?

Kenapakah rumput tidak akan putus walaupun ditiup kencang?

Bagaimanakah Galaxi dapat terbentuk?


Apabila kamu mula memikirkan perkara-perkara tersebut, ini bermaksud
kamu telah menjejak langkah ke Dunia Sains.

Selamat Datang~!


Sains merupakan bidang yang amat menyeronokkan. Kehidupan kita penuh dengan Sains.
Penerokaan Sains akan membantu kamu membina keyakinan diri.

Marilah Kita menonton klip video yang berkaitan "Sains"

CARA MENGASINGKAN KUNING TELUR DENGAN CARA DAYA TARIKAN 

SEORANG PENURUN PARACHUTE BERJAYA MENURUN DARI ANGKASA